Assalamualaikum gais...
Haritu saya dapat beli betik mengkal kat supermarket... Macam happy sangat dapat betik! Favourite... Hehe... Agak besar jugak saiznya. Separuh saya buat somtam, lagi separuh saya buat betik tumis belacan... Perghh dua-dua sedap weihhh... Kebetulan ada baki sambal belacan semalam, kita gunakan untuk buat benda ni... Nyummmm...
Okay, saya share resepi betik tumis belacan dulu ya...
Bahan-bahan
Betik mengkal (belum masak sepenuhnya)
Ikan bilis untuk perencah
Sambal belacan
Bawang mewah
Bawang putih
sedikit minyak untuk menumis
garam
Cara memasak
1) Potong betik kecil-kecil.
2) Tumbuk bawang putih + bawang merah + ikan bilis
3) Tumis bawang & ikan bilis yang dah ditumbuk bersama sambal belacan...
4) Masukkan betik yang dah dipotong kecil-kecil & perasakan dengan garam. Masukkan sedikit air jika perlu untuk lembutkan sikit betik tu...
5) Sedia untuk dihidangkan.
Kalau ada betik, jangan lupa try. Memang bertambah makan nasi jawabnya... Huhu... Sedap... Manis, masin, pedas semua cukup...
Nota kaki : Kegembiraan bukan datang dari apa yang kita suka sahaja tetapi kita akan gembira bila dapat berkongsi sesuatu yang kita suka dengan orang yang kita sayang.