Kueh Tiow Kicap Famous @ Ipoh

by - April 21, 2019


Salah satu makanan famous kat Ipoh adalah mee sup, mee kari dan kueh tiow kicap yang lain dari yang lain. Ini kerana bahan utama untuk membuat kuahnya adalah dengan menggunakan ikan bilis. Ya, stok ikan bilis. Air rebusan ikan bilis. Dan takde ayam ke apa ke dalam tu... Hanya mee/bihun/queh tiow, kuah, taugeh, daun sup daun bawang, bawang goreng, yong tau fu. Chinese style!


Paling famous kalau kat pekan Ipoh ni Restoran Mee Kari Daud Mat Jasak. Terletak betul-betul kat tengah pekan Ipoh, sebelum sampai ke UTC, akan jumpa la restoran ni. Walaupun kedai ni famous, tapi I personally prefer dengan kueh tiow kicap kat kedai sebelah dia. Hehe... Saya suka beli kat Restoran Haji Yahya. Kat restoran tu bukan sahaja ada mee sup/kari/kicap ni, tapi ada nasi campur, roti bakar, pulut kuning & macam-macam lagi. Ada banyak pilihan makanan dan korang dah boleh start pegi cari makanan kat sini seawal jam 7.30 pagi... Macam-macam ada! Saya suka kat sini sebab semua pekerja sangat berbudi bahasa dan memang banyak pilihan makanan... 


Kueh tiow kicap antara favourite saya. Dimakan bersama yong tau fu sup... Sedap weh... Kalau datang Ipoh, sila la ke sini. Highly recommended! Kueh tiow kicap ni simple je. Saya tengok kuah dorang letak kicap, cili dan sedikit kuah kari... Bila digaul dan dimakan dengan kueh tiow, fuhhh... sedapppp! 😋😋


Untuk kari saya tak pasti sebab saya tak berapa gemar kari-kari ni... Huhu... Yang pasti kuah kari tu cair, kurang santan (Chinese style)... Ada banyak kedai lain yang jual kalau kat Ipoh ni, maklum la, makanan ni dah macam trademark kat sini. Cuma, saya memang paling suka yang kat kedai ni. Memang sedap, kuah pun banyak, tak kedekut kuah... Kalau kuah sikit pun boleh potong mood weiii... 😂

Okay la... sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Kalau singgah Ipoh, jangan lupa rasa kueh tiow kicap kat sini. Ni antara makanan sedap kat Ipoh. Memang berbaloi-baloi... 

Note to self : Jangan menunggu bahagia baru bersyukur, bersyukurlah maka barulah bahagia datang... 😉

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...