Macam Mana Nak Move On Setelah Kehilangan Orang Tersayang?

by - April 20, 2019


Semalam, bila ada sahabat yang bertanya macam mana saya move on setelah kehilangan mama saya, mula-mula mukadimah, saya okay lagi... acah-acah kuat la kononnya. Skali bila nampak mata dia dah mula bergenang, saya pulak yang menangis beriya2... Huhu... Sampaikan 2-3 orang kawan lain datang bertanya. Hukksss... Saya memang mudah nak menangis. Haha. Hati tisu. Dalam mesyuarat pun boleh bantai nangis... Teruk betul! 😅


Memang sedih kalau diingatkan. Nak kata tak move on, bohong, saya memang dah move on.. Cuma barangkali belum 100% lagi. Masih terkesan di hati. Kehilangan mama saya sangat-sangat dirasai. Bukan mudah saya nak lalui hari tanpa dia. Tapi apakan daya, Allah lebih menyayangi dia. Al-Fatihah untuk mama.. Sebenarnya bukan mama je, dulu masa abah meninggal pun, saya ambil masa yang lama juga... Bertahun-tahun. Saya sayang dua-dua. Rapat dengan dua-dua. 😌 Cuma mujurlah saya ni jenis down tak tunjuk sangat kat orang. Boleh simpan. Masih boleh cover dengan senyuman. Masih boleh fokus bekerja. Cuma bila teringat, menangis... Allah uji saya setakat tu... 



Bila ditanya macam mana nak atasi rasa rindu, rasa teringat-ingat, rasa macam-macam tentang arwah, apa yang boleh saya katakan, memang 100% saya serahkan kepada Allah taala kerana Dia yang 'pegang' hati kita. Syukur Alhamdulillah, saya 'nampak' banyak hikmah atas perkara yang berlaku setelah bermuhasabah. Hati kena tabah nak redha dengan benda yang berlaku kepada kita dan Allah takkan uji diluar kemampuan kita.. Selalu pesan kat diri sendiri macam tu! Ni ujian untuk saya. Walaupun agak berat, alhamdulillah, saya redha. 

Cuma perasaan sedih tu pastilah ada. Kita manusia kann... kena ingat, bila ibubapa sudah meninggal dunia, selain amal dan jariah mereka selama mereka hidup, kita ni laa harta yang mereka ada. Harta untuk menyelamatkan mereka di sana, iaitu doa anak-anak yang soleh. Saya tak label diri saya sebagai anak soleh, hanya Allah yang tahu kita soleh ke tak soleh ke.. Cuma, apa yang kita boleh buat, just doakan je kesejahteraan mereka di sana. Mana tahu, Allah angkat doa kita... kan. Sekarang ni mereka ada kita untuk selamatkan mereka di sana. Kalau betul kita sayangkan mereka, inilah masanya untuk kita buktikan kasih sayang kita. Kasih sayang bukan pada wang ringgit, harta & kata-kata... Tapi sejauh mana kau mampu nak doakan mereka, doa menyelamatkan mereka di sana... Itu yang penting!



Sebelum saya pergi lebih lanjut lagi, suka saya menyatakan yang saya bukanlah orang yang tinggi ilmu agama. Biasa-biasa sahaja. Saya tulis ni banyak untuk mengingatkan diri saya sendiri. To be frank, saya banyak membaca kat internet / youtube / buku. Saya pun melalui saat 'down' tu dan tercari-cari solusi... Ni antara tips yang berguna:-


1. Banyakkan berdoa dan serahkan semua kepada Allah untuk mengaturkan yang terbaik untuk diri kita. Caranya bagaimana? Bangunlah tengah malam, bertahajjud kalau rajin, setidaknya bangun semata-mata untuk mengangkat tangan, doa kepada Allah supaya kita diberi kekuatan mental & emosi untuk menghadapi segala ujian yang diberikan. 



Memang jawapan agak klise. Tapi hakikatnya, memang betul. Rugi kalau kita sia-siakan waktu bersama Allah tatkala semua orang lain tidur... Masa tengah malam la masa yang tak ramai orang berdoa, sebab tu waktu fitrah manusia untuk tidur. Jadi, ambillah peluang... kalau ada rezeki, bangun, buatlah solat sunat apa-apa yang patut. InsyaAllah, tenang... 



Sebelum ni saya pernah baca perkongsian seseorang di FB. Dia mudah bangun tahajjud sebab sebelum tidur dia akan niat dan doa agar Allah permudahkan untuk dia bangun solat tengah malam. Memang betul. Nilah caranya... Saya pun tak biasa bangun tengah malam sebelum-sebelum ni. Saya cuba kaedah ni, alhamdulillah berjaya. Sebelum tidur, niatlah supaya Allah izinkan... 



2. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan arwah di sana. Jarang sekali kalau saya berdoa untuk mereka, saya tak menitiskan air mata. Jarang! Sebab memang selalunya saya akan terkesan terutama bila saya ucapkan, "Ya Allah, kau ampunilah dosa mereka, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku... permudahkan urusan mereka di sana sebagaimana mereka memudahkan urusanku dari kecil hingga dewasa...  Sungguh saya terkesan. Sebab saya memang rapat dengan kedua-duanya. Walaupun mak ayah saya jenis tegas, selalu juga kena marah, tapi kasih sayang mereka kepada saya memang tiada galang ganti. Sebab tu saya sangat terkesan bila mendoakan mereka...


3. Banyakkan bersedekah dengan niat segala pahala yang diperoleh atas perbuatan baik kita akan sampai kepada mereka, kerana atas didikan mereka, kita keluarkan sedekah tu.. kalau mereka tak didik kita untuk bersedekah, mungkin kita pun tak reti nak bersedekah.. kan... Banyak atau sikit, tak kisah. Sedekah bukan semestinya duit. Boleh jadi ilmu, tenaga, masa dll. Salah satu sebab saya banyak buat perkongsian ilmu sebab saya nak pahala tu sampai kepada mak ayah saya. Kerana mereka, saya jadi siapa saya hari ini. Moga-moga segala pahala mengalir jua buat mereka.



4. Berusaha untuk berbuat baik tak kira dengan manusia, haiwan, alam.. Apa sahaja. Dengan harapan, tindakan kita akan menjadi saham akhirat untuk diri kita dan mereka juga kerana telah mendidik kita menjadi insan yang baik. Tapi biasa la bab berbuat baik dengan manusia ni, susah nak cakap, kadang-kadang memang kita berbuat baik tapi balasan yang diterima tak seumpamanya. As human being, memang saya agak terkesan. Tapi normal la kot nak terkesan, kita manusia kann... Ujian.  Doakan saya untuk jadi orang yang lebih penyabar!



5. Banyakkan membaca Al-quran. Ni akan buat kita tenang... Sangat tenang... Bila tenang, fikiran pun tenang, diri pun tenang, mudah nak berfikir, mudah nak buat keputusan, semua positif... InsyaAllah. Selain itu juga, niatkan untuk sedekah pahala bacaan kita kepada kedua orang tua kita. Tak tahu mengaji? Takpe, buat yang mana tahu. Tak sempat, takde masa? Paling tidak pun bacalah Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x... Rebut pahala khatam Quran... Hadiahkan kepada mereka. Setiap kali kita baca Quran, seberapa banyak pahalanya, mereka pun dapat juga. Sebab mereka yang ajar/hantar kita belajar mengaji dulu... Ingat?



6. Banyakkan berzikir untuk tenangkan hati. Isi diri dengan kalimah Allah. InsyaAllah, tenang...  



7. Selalu ziarah & bersihkan kubur. 



8. Sibukkan diri. Macam saya, sebelum ni memang saya agak terikat menjaga abah dengan mama saya. Memang life saya selain mengajar, memang dengan family... Bercuti ke makan-makan ke shopping ke apa sahaja aktiviti, mostly dengan keluarga dengan adik beradik.. Jarang dengan kawan. Tambah bila mama dah mula pakai wheelchair, lagilah saya terbatas kalau nak ke mana-mana. Memang akan bawa dia sekali atau pun saya akan berulang balik ke rumah. Paling jauh saya pernah pergi balik hari, Kedah. Drive sendiri. Hutan Melintang, pun boleh tahan jauh, ulang alik setiap hari. Lalu jalan hutan. Huhu. Alhamdulillah. Selamat. Kawan-kawan yang rapat memang dah faham dah dengan saya. Jarang berlama-lama dengan mereka. Jadi bila abah & mama dah takde, saya ambil hikmah, mungkin Allah nak bagi saya ruang untuk saya bersama kawan-kawan pula sekarang ni. Mungkin Allah nak bagi saya ruang untuk beraktiviti sendiri. Dulu mungkin saya terkejar ke sana sini. Hati risau bila pergi. Saya pujuk hati, mungkin sebab tu Allah ambil mereka. Allah sayang mereka dan Allah juga sayang saya. 

9. Muhasabah diri. Kena duduk buat refleksi, cari hikmah yang tersembunyi... Nak menangis, menangislah... Tak apa. Menangis sepuasnya. Cuma jangan berlama-lama. Hidup perlu diteruskan. Yang pergi, memang akan pergi... Kita pun satu hari nanti akan pergi... Siapkan je diri.



10. Berehatlah... Tenangkan jiwa sepenuhnya. Bersyukur saya kerana mama pergi hujung Oktober dan masa tu dah dekat nak cuti sekolah.. Memang cuti sekolah tu adalah healing time untuk saya... Macam-macam yang saya buat, sehinggakan saya buat benda yang tak pernah dibuat sebelum ni... Boleh baca post saya 4 HARI MENCARI CINTA Saya cuba sedaya upaya bangun dari kesedihan. Bangun meneruskan kehidupan. Mujurlah ada ahli keluarga, teman-teman rapat yang support saya. Sekarang, walaupun deep inside saya masih bersedih, selalu pujuk hati... Allah kan ada. Mereka pun ada untuk gembirakan saya. InsyaAllah... 

11. Buat apa yang arwah suka & tinggalkan apa yang dilarang oleh mereka. Of coz sebagai ibubapa dah tentu mereka nak kita jadi orang yang baik. Bila kita buat baik, impaknya dapat kat mereka juga. Kerana atas didikan mereka kita jadi baik. Pahala mereka mendidik kita, sekolahkan kita sampai kita jadi siapa kita hari ni, tu semua pahala untuk mereka. Mereka yang didik dan besarkan kita. Gembirakan mereka dengan berbuat baik. Berusahalah ke arah itu... Doakan saya. Semoga saya dapat menjadi lebih baik dari diri saya yang semalam. Aamiin...



Tanggungjawab anak belum selesai walaupun ibu dan ayah dah takde di dunia. Mereka masih ada kita untuk mendoakan mereka di sana. Doalah... Sekalipun mak ayah kita pernah melukakan perasaan kita, ingatlah, segala jasa baik, budi & kasih sayang mereka takkan dapat terbalas dek kita. Anggap je mereka nak mendidik. Semoga Allahyarham abah & Allahyarhamah mama ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman & diampunkan segala dosa mereka. Aamiin... Aamiin... YRA.    

Note to self : Kita mungkin tak dapat nak ucapkan terima kasih kepada arwah ibu & ayah kita, tapi selagi kita masih hidup, kita masih berpeluang lagi untuk membalas segala kebaikkan mereka dengan memohon kepada Allah agar mengampunkan mereka & menempatkan mereka di syurga... 

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...