Pengalaman Kemalangan Terancang : Kenderaan Sengaja Dilanggar?
Wow! Tengok tajuk macam seram je kann... Hahahha... Pengalaman Kemalangan Terancang : Kenderaan Sengaja Dilanggar? Biasa benda-benda macam ni kita biasa baca kat Facebook atau pun kat dalam suratkhabar je kan. Tapi kali ni betul-betul berlaku kat diri saya. Macam tak sangka! Rezeki nak merasa pegalaman macam ni.
Berlaku pada awal tahun hari tu, di mana kereta yang saya pandu dilanggar secara sengaja oleh sebuah motosikal. Kenapa saya rasa ianya suatu perbuatan SENGAJA? Kronologinya begini...
Pertama - SUNYI
Kejadian berlaku di tengah bandar tapi kebetulan jalan tak berapa sibuk kerana hari tu bukan hari bekerja. Sabtu. Dan ia berlaku awal pagi... Lebih kurang jam 7.20 pagi.
Kedua - DIA LANGGAR KERETA SAYA, MUNGKIN NAK SAYA TURUN MARAH DIA KE ATAU TURUN UNTUK CHECK KERETA KITA
Motosikal yang tiba-tiba datang dari arah belakang, melanggar sisi kiri kereta saya beberapa kali. Bayangkan kenderaan saya tengah bergerak, dia boleh hentak pintu kereta saya dengan handle motosikal atau dengan apa pun saya tak pasti, dari pintu belakang sampai ke pintu depan kereta wei... Geram je time tu tapi mujurlah rasional... Tak cemas dan tak terburu-buru. Sumpah time tu rasa nak je langgar mamat tu. Memang hakak panas... Jalan punya la luas, tetiba kau nak hentak kereta aku apehal. Gile.
Ketiga - BERPURA_PURA REBAHKAN DIRI MINTAK KITA PEGI TENGOK & SELAMATKAN DIA
Kebetulan dalam 50 meter tempat kejadian, ada simpang. Belum sempat saya nak masuk simpang, dia dah acah-acah rebahkan diri kat corner tu. See! Kat sini saya dah nampak, mesti ada sesuatu! Sebab saya langsung tak langgar dia, tapi dia yang masuk simpang tu dan rebahkan motosikal dia. Satu lagi, macam tak logik dia jatuh selepas dah 50 meter. Kalau nak jatuh dah tentu masa dia langgar kereta saya tu, dah terjatuh dah kannn... Macam mana saya nampak? Dalam kereta, saya bertiga. Kami memang nampak dia pura-pura jatuhkan diri. Takde sebarang bunyi hentakkan ke apa ke ye... Memang slow motion je dia rebahkan motor dia. 😠
Keempat - TAK TURUN TAPI CATAT NOMBOR PLATE MOTOSIKAL DIA
Biasa la sebagai manusia bila kita dah nampak dia rebahkan diri, saya pun slow down kan kereta. Dari dalam kereta, saya catat nombor plat motor dia kat phone. Pastu, dia buat muka kesian macam konon sakit... Memang berlakon! Alhamdulillah tak terpedaya. Since masa tu agak sunyi, saya tengok dia pun macam okay je, saya terus berlalu... Takde niat nak lari pun, cuma memang nak pegi cari balai terdekat untuk buat laporan. Tak berani nak turun sebab keadaan yang lengang & rasanya boleh jangka yang mamat ni akan play victim kata kita langgar dia.
Kelima - AKSI KEJAR MENGEJAR
Di sini kemuncak kejadian apabila tiba-tiba mamat yang kononnya sakit sangat tu, boleh plak bangun, naik motor dia, kejar kereta saya. Bhaahahha... Paling best, dia siap keluarkan handphone, acah-acah rakam kereta saya. Tapi serius, saya sangat relaks masa tu. Memang selamba je bawak kereta tanpa rasa apa-apa. Dia follow pun tak jauh. Sampai ke jalan besar, dia berpecah dengan saya. Saya terus menuju ke Balai Polis untuk buat laporan. Dah sampai kat depan balai, turun, check kereta... Baru ler nampak, boleh tahan dalam juga kemeknya... Hukkss! Tapi kakak redha. Daripada kita teraniaya. Biarlah kereta kemek sikit janji kita selamat.
Masa buat laporan polis, memang polis kata dah banyak kes 'play victim' ni. So, hati-hati, gais! Bila kita turun, mereka akan acah-acah kata kita yang langgar depa... Dan nak nak dalam situasi macam saya tu, kawasan lengang, tetiba kalau berlaku kekecohan, orang lain pun akan blame kita sebab dia punya drama memang terbaik... dan orang tak nampak apa yang berlaku sebelum tu. Selalunya macam tu la. Modus operandi adalah untuk 'pow' kita. Selalu berlaku kat pemandu wanita la... Nauzubillah... Mujurlah kejadian tu berlaku kat depan kedai yang ternama juga, ada CCTV di depan kedai tu. So, saya tak la nak risau sangat. Ada bukti, memang saya tak langgar dia. Sebab pegawai polis tu beritahu kadang-kadang mereka ni akan buat report juga. Nak salahkan kita kononnya.
Oleh sebab berlakunya kes ni pagi tu, saya terpaksa batalkan hasrat untuk ke program. Yela, nak settle kes kemalangan bukannya mudah. Nak kena buat laporan, jumpa pegawai penyiasat, ambil gambar kereta kita dll... Banyak prosedurnya. Dekat 2 jam jugak laa... Huhu... Ditambah pulak dengan kes saya, orang tu ada rakam gambar kereta saya, jadi, pegawai polis tu memang sarankan agar saya buat dua laporan pada hari tu... Satu, laporan kemalangan. Kedua, laporan jenayah. Bukan apa, bimbang dia tularkan pulak gambar kita, buat tuduhan palsu kata kita langgar lari ke apa ke... Memang niaya la kan... Kang tetiba kena kecam dengan netizen pulak kannn... Hahahha... Netizen tak tau cite... Huhu... So, better la buat report cover untuk keselamatan diri.
Apa pun, saya tetap bersyukur kerana Allah beri ketenangan kepada saya semasa menghadapi situasi tersebut. Selain itu, saya juga bersyukur kerana selamat dari ancaman bahaya yang tidak diketahui. Mana tahu kalau saya turun haritu entah-entah saya dah kehilangan lebih besar lagi kan... Kena pow ke, apa ke... Silap-silap boleh hilang nyawa. Nauzubillah... Cuma pintu kereta depan belakang, ada la lekuk sikit... Buat kenangan. Hukss....
Baca perkongsian tips bagaimana untuk menghadapi kemalangan sekiranya kita bersendirian atau berada di kawasan yang sunyi... TIPS MENGHADAPI KEMALANGAN DI TEMPAT SUNYI
Note to self : Allah bagi ujian bukan untuk melemahkan kita, tapi untuk mengajar kita untuk terus kuat dan tabah dalam menjalani liku-liku kehidupan.

1 comments
�� perkongsian yang baik.. nasib cikgu n kawan xpapa.
ReplyDelete