Resepi Bihun Goreng Daging Istimewa
Hi all!
Assalamualaikum...
This is going to be my very first post kat blog baru ni... Haha... Kita mulakan post dengan post masakan yang simple tapi sedap. Oh ye, mungkin ada yang rasa macam, ehh... bihun goreng je kottt! Itu pun nak share kat blog ke? Yes! Resepi ni terlalu istimewa untuk saya. Saya suka! Resepi bihun goreng oleh arwah mama saya yang memang super duper sedap. Lain dari yang lain dan yang pasti mudah nak disediakan... Jom tengok resepinya!
Bahan-bahan
1/2 bungkus bihun (direndam terlebih dahulu ye...)
Udang / Daging sebagai perencah - dipotong kecil
Fish cake / fish ball
3-4 ulas bawang putih
sebiji bawang besar
2 sudu besar air asam jawa (not too thick ya... nanti terlalu masam tak sedap plak bihun korang)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili giling / cili boh
2 sudu besar taucu
sedikit minyak untuk menumis
taugeh & kuchai
Cara-caranya
1. Rendam bihun.
2. Sediakan perencah... Potong daging, fish ball & fish cake.
3. Tumbuk/Chop bawang putih & bawang besar.
4. Panaskan minyak dalam kuali.
5. Tumiskan bawang yang telah ditumbuk bersama cili giling. Dah garing sikit, masukkan taucu.
6. Kemudian, masukkan daging & sedikit air. Empukkan sekejap. Tambah fishball & fish cake.
7. Masukkan bihun, air asam jawa & sos tiram. Tambah garam.
8. Kacau sehingga rata. Akhir sekali, masukkan taugeh & kuchai. Ratakan dengan cepat dan padamkan api. Tujuan padam api dengan cepat sebab tak nak sayur tu layu...
Hidangkan bersama daun sup / daun bawang / bawang goreng... Memang sedap weii... Try la! 😋
By the way, resepi guna taucu ni, tak berapa kena kalau dengan perencah lain tau... Paling ohsem kalau guna perencah daging!
Saya share resepi arwah mama saya supaya ilmunya ini menjadi pahala berterusan untuknya di sana. Al-Fatihah untuk mama... 💓
Note to self : Making mistakes is better than faking perfection!
0 comments