Ketam Lembut Kuala Gula

by - May 01, 2019


Halluuu peeps!

Pertama sekali saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Sarah & Madi kerana sudi melayan kehendak manusia yang bernama Raihan ni... Dua minggu meragam mintak nak makan ketam lembut, mohon sista & brader bertabah dengan saya... Hahhaha... Serius, entah pasal apa tetiba teringin sangat-sangat nak makan ketam lembut ni. Craving tahap tak tau nak kata. So, pakat punya pakat, dengan alasan nak sambut puasa, so pegi la 'makan besar' kat Kuala Gula nunnnn... di Taiping. Alhamdulillah, Allah izinkan. Tertunai hasrat. Syukur... Kalau tak mau mimpi ketam hari-hari... Huks!

Sejak makan sarang burung ni, bercahaya muka kakak! LOL! 😂

Kami sampai dah malam juga laa... Sayur pun dah banyak yang habis. Mujurlah ketam ada lagi. Kalau tak mau meraung kat situ... Hahhaa... Kedai ni terapung kat atas air weiii... Kedai kayu, jadi bila sesapa berjalan, memang satu restoran bergoyang lembut... Giteww... Setibanya di sana, kami disambut oleh seekor kambing... Hehe... Comel je kambing ni dok lepak kat depan kedai... 





Makanan kat sini bagi saya okay je la. Nak kata sedap sangat pun tak, nak kata tak sedap pun tak. Biasa je... Boleh makan! Ni antara menu yang kami order malam tu... Kita orang pergi berempat je... Tak cukup korum. Adik-adik yang lain sibuk attend wedding kawan katanya... Berempat pun berempatlah... Ketam lembut punya pasal. 😜

Udang goreng tepung... Kedai ni guna udang kertas ya... 

Since, saya tak makan kari ikan, so saya order ikan sembilang goreng... Sedap! Cuma makan dengan sos cili macam hmmmm... kurenggg... Kalau ada sambal belacan lagi ngam kot! 

Ketam lembut goreng celup tepung. 

Ketam lembut masak masam manis.

Sayur campur. Ni je sayur yang ada malam tu... Yang lain, habiss... Hukss...

Tomyam udang... Udang kertas sekali lagi... Huhu...
Kari  ikan sembilang
Tomyam udang tu sedap. Kari sembilang pun dorang kata sedap. Cuma dah kurang 'kick', tak macam dulu... Untuk ketam pulak, kita orang prefer yang goreng celup tepung. Dua kali order weihhh... Hhahaha... Yang masam manis tu kurang sikit sebab ketamnya dimasak terus, tak digoreng dulu rasanya... So, memang lembut sungguh laa... Yang goreng memang awesome!


Pelayan kedai ni cadangkan kami duduk di bahagian yang ada kipas, memula kami nak duduk kat area tepi, fefeling nampak air sungai bagai sambil makan-makan... Tapi katanya banyak nyamuk... So, terpaksalah duduk kat tengah-tengah... Tapi memang betul, ada nyamuk juga walaupun duduk kat tengah weihh... 

Sangat bersyukur bila apa yang dihajati tertunai. Nikmat dunia. Bersyukur juga ada orang yang sudi nak melayan kerenah kita, sanggup bersusah payah pick up kita kat rumah semata-mata nak bawak pegi melayan tekak... Alhamdulillah... Semoga akan lebih ramai lagi orang-orang seperti mereka hadir dalam hidup saya. Mode berangan. 😁

Semoga Allah mempermudahkan dan menggembirakan korang sebagaimana korang mempermudahkan dan menggembirakan saya... Aamiin... Thank you, gaise! 💗


Nota kaki : One of the most beautiful qualities of true friendship is to understand and to be understood.

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...