Let's Cantik! Simple Tips Untuk Kulit Muka Smooth, Flawless & Berseri
Hi gais!
Semua sibuk buat persiapan raya, penjagaan muka jangan dilupa, uolls... Saya ada beberapa tips nak kongsikan dengan korang semua. Antara tips ni adalah turun temurun dari family saya. Hahaha... Beriya nak share tips! Macam la cun sangat kan... LOL! Ada juga tips yang di kongsikan oleh sahabat saya, Cikgu Rizzman... Korang mesti teruja tengok kulit muka dia yang halus mulus floles... muda remaja... Serius!
Ni antara yang korang boleh try... Anyway, setiap yang korang try ni, tertakluk kepada jenis kulit dan keserasian ye... Kulit saya memang jenis yang tak berapa bermasalah sangat, jadi semua tips nampak macam menjadi laa... macam hokayy je semuanya! 😁 Apa pun, usaha tangga kejayaan! Ada masa lagi nak try untuk cantikkan kulit wajah di pagi lebaran... Gituhhh... Hahaaha...
Untuk awet muda
1. Setiap kali nak basuh muka, selawat 3x dengan niat nak muka berseri...
2. Makan ulam 44 jenis. Kau rasa?! Hahahaah... Mungkin sebab tu orang dulu-dulu nampak muda, jelita... Dorang memang rajin buat nasi ulam... Nasi ulam zaman dulu bukan macam yang kita makan sekarang, ada taugeh kacang panjang bagai... Dulu punya nasi ulam compete pelbagai daun... pegaga, kunyit, cekur, kantan, kesum, silum, pucuk mengkudu, pucuk betik dan macam-macam lagi... Saya memang sangat sangat sangat suka makan nasi ulam. Kat mana ada jual eh? Nasi ulam kat Perak ni tak sama macam Kelantan punya... Dulu selalu ler dapat makan... Sekarang... Hmmm... Sedapnya! 😋
3. Setiap kali mandi, pastikan mencuci muka adalah aktiviti terakhir korang... Bukan apa, kadang-kadang ada sisa syampu kat dahi... So, masa cuci muka tu la korang boleh pastikan yang everything dah bersih dari sisa sabun... Make it LAST ok...
Untuk dapatkan kulit yang smooth, lembut
4. Gunakan buah-buahan yang ada kat rumah korang sebagai masker... Banyak buah yang ada khasiat tersendiri untuk muka kita... Contoh macam pisang, epal, strawberry, oren, kiwi, betik, nenas dll... Boleh google... ada banyak lagi buah yang sesuai untuk letak kat muka! Bukan nak ambik sampai sebijik pun, ambik sehiris je... selebihnya korang makan ler... sehiris tu korang gosok la kat seluruh muka, biarkan jap dalam 15 - 20 minit, bersihkan muka... Yang ni korang akan dapat result instantly la... Rasa smooth je... Hehe...
5. Guna yogurt pun boleh tau! Pilih yougurt asli... Yang takde buah-buahan dalamnya... Hehe...
6. Buah tomato... Yang ni memang selalu saya buat sebab memang selalu ada tomato kat rumah... Huhu... Nampak tak? Takyah bersusah payah sangat, guna apa yang ada dalam fridge je... Giteww... Potong pastu gosok la kat muka korang... Sama gak, biarkan dalam 15-20 minit, bersihkan... Memang lembut je kulit pastu tau!
7. Kopi. Yes... Serbuk kopi pun okay untuk dijadikan scrub/mask... Smooth je muka pas kena sental dengan serbuk kopi... Hehe... Try la!
Untuk mengecilkan pori muka
8. Nak kecilkan pori kat muka, boleh try cara Cikgu Rizzman... Beliau bekukan buah tomato. Maksudnya korang potong tomato tu dan simpan dalam freezer sampai beku. Dah beku, ambil gosok kat muka... Yang ni pun saya selalu ikut... Memang best!
9. Kalau takde tomato, guna ice je pun boleh... ice cube...
10. Selain itu, saya suka guna telur putih... Huhu... Asingkan telur putih dengan kuning. Whisk kan sket telur putih tu pastu sapu kat muka... Biarkan kering... Dalam 15-20 minit... Memang kulit muka akan stretch dan rasa licin lepas cuci...
11. Boleh try guna madu. Selain melembutkan muka, madu pun boleh bagi efek stretch pada kulit wajah... Sapu kat muka pastu biarkan la dalam 20 - 30 minit... Kemudian, cuci bersih...
Untuk mata sembab / tired eyes
12. Mata sembab sebab tak cukup tidur, boleh gunakan timun yang keluar dari peti sejuk... Hiris timun, letak kat mata... Fuhhh sedap je rehatkan mata dengan timun sejuk.
13. Kalau takde timun, boleh guna uncang teh yang dah dipakai (bersihkan sket kot ada gula ke apa ke), letak kat di kedua-dua belah mata... Buat la dalam 20 minit ke...
14. Kalau semua takde, boleh gunakan sudu je uolls... Ambil 2 sudu besi, masukkan dalam freezer, bila dah sejuk, keluarkan, letak kat mata korang tu haaa... Then, boleh say goodbye kat tired eyes korang... Hehe...
Untuk merawat sunburn
15. Boleh gunakan timun... Kalau korang ada chopper kat rumah, chop kan timun tu jadi halus... Kemudian, ambik, sapu kat muka... Biarkan la 1/2 jam ke... Atau kalau korang rajin, tunggu la sampai timun tu kering... Yang ni memang kena bertabah la sebab akan ada timun yang bersepah kat tilam korang nanti... Hahhahaha... Tapi memang agak berkesan. Mungkin sebab timun ni sejuk... Takde la muka nak mengelupas ke apa ke... Baki timun hancur tu korang simpan dalam fridge, guna sekerap mungkin... Lagi sejuk lagi best! Serius!
16. Guna bedak sejuk. Yang ni memang betul, saya pun akan guna bedak sejuk especially kalau kulit dah terdedah kat panas... Contoh macam musim latihan sukan kat sekolah, memang tiap malam gigih tepek bedak sejuk kat muka... Huhu... Memang terasa la cooling sensation tu... pastu rasa bersih je muka, minyak-minyak terserap dek bedak tu... Tapi apa pun cari bedak sejuk yang ori ye... Jangan main beli je. Bedak sejuk ni saya tak guna selalu. Once a month macam tu je... Sebab ia agak mengeringkan muka kalau pakai selalu sangat...
Untuk maintain kelembapan kulit muka
17. Jangan lupa maintain kelembapan kulit muka, letak la moisturizer ke serum ke... whatever la... Kalau korang jenis tidur ber aircond, elok la letak cream sket kat muka sebelum tidur. Untuk kulit saya, penggunaan aircond memang boleh mengeringkan kulit jugak... Memang akan letak Rosken cream ke atau apa-apa night cream la... Paling tidak losyen johnson&johnson yang kaler pink tu pun boleh jer... letak sikit je untuk maintain kelembapan. Semakin kita berusia semakin mengering kulit kita... So, faham-faham la... Kalau rasa diri muda belia lagi, takyah la nak beriya tepek pelembap kat muka. Hahhaha... Contohnya macam saya, dalam seminggu ada je 2-3 kali terlupa pakai pelembap malam-malam... LOL! Serius, saya tak la obses bab kecantikan ni. Simple saja! :) Nak obses beriya pun kalau Allah tak izinkan tak kemana juga kannn... So, chill je... Kalau lupa ke apa ke, lantak... 😂
18. Minum air 8 gelas sehari. Yang ni saya FAIL selalu... 😌
Akhir sekali, untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri-seri...
19. Yes, yang ni agak cliche... Tapi ini hakikat... Memang betul pun... Jagalah air wudhuk, selalu-selalulah bertahajjud dan jaga hati...
Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya dalam suatu jasad itu ada segumpal daging. Apabila elok daging itu, maka eloklah seluruh jasad, sekiranya ianya rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah ia adalah hati." (HR Bukhari & Muslim)
20. Selain dari tips di atas, boleh la try makan supplement ke pati sarang burung ke inner shine ke kolagen ke... Saya ni jenis tak berapa gemar sangat nak makan supplement... Tak konsisten, selalu lupa. Boleh tanya Cikgu Rizzman, supplement yang diambil untuk maintain kulit yang cun tu... Kalau berminat nak tau tentang supplement tu, sila PM dia ye... Setakat ni saya just ambil sarang burung je la... Nak beli pati sarang burung, boleh PM Sarah. Tapi semua ni memerlukan kos.. Kalau takde bajet, takyah... Buat je ikut kemampuan diri! Ingat pesanan saya, jangan obses! Hahaha...
Ni Cikgu Rizzman. Gambar tahun lepas. Tahun ni nampaknya kulit adik saya ni lagi meletopppsss tau! Hahaha... Floles! Kalah iollss... 😄 |
21. Lemon bagus untuk diminum tapi jangan buat letak kat muka selalu ye... Kulit saya memang tak tahan dengan lemon, akan naik berjerawat. Nasib baik lah tak kronik... Ni pun Cikgu Rizzman yang share. Saya memang stop terus! Hehe... Thank you, hadikkk! 😊
22. Kurangkan makan telur ikan... Kalau ikut orang tua-tua, telur ikan ni akan membuatkan muka berjerawat. Wallahualam... Betui ke idak, tak tau ler... Saya makan je bila rasa nak makan... Huhu...
Apa pun, tips ni semua sekadar usaha sahaja ye. Allah yang menentukan segalanya... Kalau Allah tak izinkan, buat la macam mana pun, takkan menjadi... Mohonlah kepada Allah agar segala usaha mendatangkan hasil. InsyaAllah...
Cantik ke tak cantik ke tak penting... Cantik itu subjektif! Biarlah tak cantik di mata manusia tapi kau yang terindah pada Allah! Biarlah tak cantik tak hensem pun tapi baik hati. Kalau cun kacak bergaya perangai sampah nak buat apa! Kann... Oppss... Sorry, ter emo plak! Huhu... Semoga perkongsian ini bermanfaat... Assalamualaikum... :)
Nota kaki : Beauty attracts the eyes but personality captures the heart! 💖
0 comments