Resepi Kacang Kuda Pedas Manis
Hai gais! Assalamualaikum...
Haritu saya teringin betul nak makan kacang kuda pedas manis ni... Saja la try buat, wow! Sedap la pulak... Hhehee... Korang pernah try ke? Try la buat, serius sedap, makan buat kudap-kudap... Sedar-sedar habis sebekas... Hihihi...
Ni resepinya... Buat jangan tak buat!
Secawan Kacang kuda
Sebiji bawang besar - dihiris
Seulas bawang putih - dihiris
Cili boh
gula melaka
garam
1-2 keping asam keping
Caranya...
Since saya memang malas nak menunggu lama-lama, saya tak rendam langsung kacang tu... Saya guna Noxxa je... Lepas bersihkan kacang tu, masukkan air separas kacang, masuk garam sket, Set HP25...
Dah siap, toskan airnya...
Tumis bawang yang dihiris tadi bersama cili boh... Pastu masukkan asam keping, gula melaka... Dah garing, masukkan kacang kuda yang dah siap ditoskan tu... Kacau rata. Siap! Boleh la makan sambil-sambil tengok TV... Hehe...
Note to self : Love doesn't need to be perfect, it needs to be true! :)
0 comments