Resepi Crunchy Oat Raisin Cookies Mudah

by - June 11, 2019


Assalamualaikum semua! Hai... Selamat Hari Raya!

Tengah-tengah berpuasa enam ni, tetiba tekak teringin nak makan oat raisin cookies. Perghh... Gigih weii buat sendirik. Raya keenam baru nak buat kukis, kau rasa?! Google punya google dapat la macam-macam resepi. Tapi ni saya ubah sket, ikut suka hati je nak edit... Huhu... Takpe janji sedap. Ehh... Masterchef mana pakai resepi orang kann... Hahhaha... 🙊

Saya memang suka oat cookies yang crunchy. Maka terhasillah... Giteww... See! Walaupun kakak selalu gagal mem baking, tapi kalau Allah izinkan, selamat sebalang menjadik! Hahahahha... Rasa macam nak melompat-lompat kegembiraan je bila berjaya buat cookies. Sebab selalunya tak jadi. 😂

Saya guna apa yang ada kat rumah je ni... Saya memang malas nak baking sebab nak kena menimbang bagai. Ni saya buat cara habis mudah dah ni... Tengok la camne caranya kat bawah ni heh... Memang pemalas betul. Hahaaha... Pukul 6.00 masuk dapur, sambil-sambil baking, sambil masak mee goreng untuk berbuka... Alhamdulillah. Kejap je buat kukis ni. Senang sangat!

Sebalang penuh weihh... Huhu...

Bahan-bahan

100gm butter (Saya pakai Buttercup) 
(Cara mudah nak sukat butter ni, tengok kat belakang kertas pembungkusnya, ada ditanda dengan garis 50gm-50gm... so, potong je kat 100gm (50+50)... 

200gm instant oats (Kebetulan kat rumah memang dah ada instant oats cap Captain Oats... Memang dalam paket kecik-kecik... Setiap pack 40gm, so, saya guna 5 paket je nak jadikan 200gm... Work smart sangat kann! Malas nak menyukat, beli lah yang paket kecik-kecik camnih heh... Hahha...

1/2 cawan gula perang

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh soda bikabonat

1 sudu teh garam

1/2 cawan kismis (Nak letak badam pun boleh sebenarnya... Atau nak ganti dengan apricort/cranberry ke... Ikut korang la...)

1 biji telur (Kat rumah ni telur macam saiz D rasanya... kecik je... Beli kat kedai runcit, tak tau le saiz apa... Huhu... Yang pasti memang kecik la)


Cara-cara

1. Pukul mentega bersama gula hingga sebati. Tak perlu pukul sampai gebu bagai heh sebab kau nak buat cookies je bukan nak buat kek! Asal sebati, sudah! Haha... 

2. Masukkan telur dan esen vanilla.

3. Masukkan oats, kismis, garam dan soda bikabonat, gaul rata. 

4. Panaskan oven jap sambil scoop bancuhan dalam tray. Jangan lupa gris kan sket tray tu ye... sapu ler butter tu sket supaya kukis tak melekat.

5. Bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 175C selama 20 minit... 

**Saiz cookies saya agak besar sebab nak cepat... Nak berbuka puasa katanya... Huhu... Korang buat la kecik-kecik comel-comel ye... 😉

Okay gais, selamat mencuba! Buat kukis sambil-sambil dengar lagu ni, layan gak... Fefeling gadis melayu sangat! Hahahaahaaa...




Note to self : Your peace is more important than driving yourself crazy trying to understand why something happened the way it did. Let it go. - Jay Shatty

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...