Resepi Kek Planta Lembut & Sedap
Hi gais! Salam Aidiladha.
Musim raya tak sah kalau takde makanan yang manis-manis kat rumah kan... Hehe... Kebetulan kat rumah ada planta, saja try google resepi kek paling simple dan mudah nak dibuat. Yes, jumpa satu! Alhamdulillah, resepi menjadi dan memang sedap giler kek ni... Kek Planta yang sangat-sangat sedap, gebu, lembut... Semua orang yang makan memang puji... Kembang weiii... Hhahaha... Yela, saya memang tak rajin nak buat kek, tetiba semalam teringin nak makan kek biasa-biasa yang sedap, tu yang cuba buat. Tak sangka plak menjadi... Hehe... Habis licin! Syukur alhamdulillah. Semua suka!
Kek ni senang nak dibuat. Sukatan cawan jer, so memang sangat mudah laa... Bahan pun tak banyak... Yang nak try buat, cubalah... Serius, sedap!
Bahan-bahan
1 cawan gula ( Mungkin boleh kurangkan sikit sebab agak manis )
1 cawan Planta
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecul baking powder
3 biji telur (Saya buang pusatnya... Saja ikut petua orang tua-tua... Pusat telur tu yang menyebabkan hanyir... So, dengan gigihnya saya buang pusatnya dengan harapan kurang sket hanyir telur tu... Huhu)
1 sudu kecil esen vanilla (Kat rumah dah habis esen vanilla, saya letak esen pisang... Sedap weiii... Nak letak esen pandan pun boleh jer kalau suka)
Cara-caranya
Mixer arwah mama. Puluh tahun dah usianya... Alhamdulillah, masih boleh digunakan. TQ Lily... |
1. Pukul gula dengan Planta hingga sebati. Guna hand mixer jer.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji... Pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung & baking powder yang telah diayak serta esen vanilla.
4. Pukul lagi sampai semua sebati.
5. Griskan loyang. Tuang adunan ke dalam loyang. Terpulang nak letak warna kat batter tu atau tidak... Saya sengaja letak sedikit warna, nak bagi berseri katanyaaa... Hehe...
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 35 minit (ikut jenis oven korang ye...)
Thank you kepada yang share resepi. Resepi asal guna marjerin pelangi, saya takde marjerin pelangi, ada Planta je kat rumah, tu yang guna Planta je... Memang sedap! RESEPI ASAL
Cuti-cuti sekolah ni boleh la fefeeling kan nak buat minum petang bagai kann... Hari bersekolah, jangan diharap sangat laa... Huhuhu...
Okay gais. Selamat mencuba. Assalamualaikum... Babai!~
Note to Self : Jika tidak ada bahu untuk bersandar, selalu ada lantai untuk bersujud.
0 comments