BBQ Party

by - September 09, 2019


Subuh semalam, tetiba adik call beritahu nak datang rumah, nak buat BBQ, nak makan-makan katanya... Giler serius mamat ni, seawal subuh dah call ajak BBQ! Sesuatu sangatttt! Haha. Nak buat pre-birthday celebration untuk kakak ke hape ni? Huhu... Saya on je sebab dia yang akan urus bab bakar-bakar ni... Kakak duduk dalam rumah je. Acah-acah diva! 💅 Giteww... Haha... Kebetulan Sarah & Madi baru balik melancong nak datang ke rumah juga, nak hantar souvenir, so, kami invite depa untuk join skali. 


Macam biasa walaupun saya tak la terlibat dengan aktiviti membakar tu 100%, tapi saya bantu untuk sediakan main dish. Adik request nasi goreng, saya plak teringin nak makan spaghetti oglio. Hahahha... Aduhhh, dua keinginan yang berbeza. Bila saya nyatakan hasrat nak buat spaghetti, adik merajuk! Bhahaha... Dia ni kalau bab makan memang boleh sentap kalau tak kena tekak... Dah biasa manja dengan arwah mama dulu. Mama saya memang rajin memasak, kalau ada 10 request, kalau boleh sepuluh-sepuluh tu dia akan cuba tunaikan... Huhu. So, nak tak nak saya sediakan dua menu sekaligus. Spaghetti Oglio & nasi goreng cina. Ohh, selain tu, saya buat gak kuah percik. Nak makan dengan ayam bakar kononnya. Kakak begitu gigih sekali yer... Hahahaha...


Sarah datang siap bawak sandwich sedap macam beli kat Subway, segala nugget, fishball, sosej... Fuhh! Penuh meja! Alhamdulillah melimpah ruah rezeki... Sampai harini makan benda sama. Hahahhaha... 


Bila depa ni dah datang, memang macam-macam benda la nak di cerita... Habis satu, satu... Sarah dengan Madi share experience mereka pergi ke Malang, Indonesia. Ni salah satu gambar yang saya rasa memang cun habis... Cantik betul tempat ni. Coban Rondo, Malang. Tapi nak ke sini memang kena mendaki sikit katanya... Ala-ala macam kat dalam sarang burung gitewww... Hehee... Dua orang ni pegi mana pun tak pernah tak sweet! 😍


Thank you adik, belanja BBQ. Sotong dengan kerang fresh dari Pasir Penambang. Memang sedap! Thank you Sarah, bagi souvenir, siap bawak makanan macam-macam! Alhamdulillah... Semoga murah rezeki korang! Aamiin... :) 

Haaa... dah! Dah! Jom kemas beg, esok sekolah! Hahahah... Babai. Assalamualaikum...

Nota kaki : True love is when you are happy spending time together even if one of you is asleep.

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...