Halluuu gais!
Hari ni kakak bersiaran di dapur ya... Hahahaha... Malas nak buat keja dalam bilik so kita parking laptop kat dapur je haa... Sesambil makan chocolate chips cookies yang dibuat dua hari lepas. Hehe...
Tetiba malam kelmarin, Lily request nak makan chocolate chips cookies ala Famous Amos gitewww... Mana nak cari memalam. So, apa lagi, kebetulan bahan-bahan ada dalam peti ais, kita bancuh terus! Hahaha... Beginilah kehidupan mak-mak di waktu cuti sekolah ya... Ada je benda nak buat.
Kegigihan di tengah malam... Haha... |
Okay, macam biasa, resepi ni hasil dari carian Google. Cuma saya ada tambah sket untuk merangupkan biskut tu... Memang rangup giler weiihhh! Sedappp!~ 😋
Bahan-bahan yang diperlukan
Bahan A
Sebuku butter 250gm
Sebiji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan brown sugar
1 sudu besar shortening (Teringat dulu arwah mama beritahu, shortening ni bahan untuk merangupkan cookies) - yang ni optional... ikut resepi asal takde letak ni pun. Saya saja tambah. Nak rangupkan lagi cookies tu katanyaaa... Hehe...
Bahan B (semuanya diayak)
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu kecil baking powder
Bahan C
2 cawan chocolate chips
5 sudu besar minyak jagung... Kalau takde minyak jagung, minyak masak pun boleh.
Cara-caranya
1. Pastikan butter berada dalam suhu bilik. Masuk semua bahan A dalam bekas, kacau sehingga rata. Tak perlu pukul sampai kembang ye... Kacau rata je...
2. Masukkan bahan B dalam bancuhan memula tadi... Kacau rata.
3. Masuk pulak Bahan C - minyak dan kemudian chocolate chips. Again, korang kacau sampai rata semuanya. Senang kan? Kacau saja! Haha.
4. Masukkan dalam peti ais selama lebih kurang 1/2 jam.
5. Sapu tray dengan sedikit butter. Scoop bancuhan tadi kecil-kecil dalam tray. Scoop kecik-kecik tau, sebab cookies ni akan mengembang. Kecuali kalau kau malas. Hahaha... Saya nak cepat, memang scoop ala kadar je, hasilnya memang agak besar laa cookies tu... Hahahha... Tapi takpe, makan satu pun dah kenyang! Kikiki... Tu pun membakar sampai ke tengah malam... Hukkss!~
6. Bakar pada suhu 150 darjah selama 20 minit. Kalau kau scoop besar-besar, tambah sket masa... jadikan 23-25 minit ke supaya cookies tu betul-betul masak dan rangup.
7. Masa panas memang cookies ni lembut ye. Tunggu sejuk, masuk dalam balang, pastu boleh la ngapp! Hehe...
Okay gais, nanti boleh try buat. Saya memang suka resepi simple macam ni. Kacau je semua. Takde nak beriya... Tau tau hasilnya yang letopppsss! Haha... Selamat mencuba!
Note to self : Kalau tak boleh menyenangkan, jangan menyusahkan!