Zoo Taiping & Nasi Lemak Kambus
Assalamualaikum semua!
Cuti-cuti ni korang ke mana? Saya tak kemana pun... Cuma baru ni saya layankan permintaan budak dua orang ni untuk pegi ke Zoo... Paling dekat, Zoo Taiping... Pagi-pagi lagi dah bertolak ke sana. Bukan apa, sekarang ni musim panas, tak mampu sistur nak mengadap matahari nanti... Huhu...
Sampai di sana, kami singgah makan di gerai Nasi Lemak Kambus... Gerai ni bersebelahan dengan Muzeum Taiping. Istimewanya gerai ni, walaupun gerai, tapi dorang ni guna order chit untuk kita buat pesanan makanan. So, takde waiter yang akan ambil order, kita tulis je nak makan apa, berapa kuantiti, mereka akan serve lepas tu nanti...
Memula tu macam musykil juga, kenapa namanya 'kambus'. Bila nasi lemak sampai depan muka, barulah faham... Nasi lemak kambus adalah nasi lemak yang dibungkus dengan telur dadar. Ala-ala nasi goreng patayya gituhhh... Menu tak banyak, tapi servis memang sangat cepat. Portion nasi lemak sesuai untuk seorang. Harga? Average. Nak kata mahal pun tak, nak kata murah pun tak jugak... Tapi rasa memang puas hati la. Nasi lemak utara yang ada letak jintan bagai tu... Nice!
Lepas makan, kami terus menuju ke Zoo Taiping. Tiket dewasa RM16, kanak-kanak RM8 jer... Kami pilih untuk berjalan kaki. Pusing-pusing dekat 4km juga la... Alhamdulillah. Memang plan nak beriadah... So, sambil-sambil tengok haiwan, dapat la keluarkan peluh sket... Huhu... Kalau tak larat nak jalan kaki, boleh pilih untuk naik tram. Kami memang sengaja nak berjalan... Santai-santai, release tension sambil-sambil menikmati keindahan alam... Tengok pokok-pokok yang menghijau, tasik, binatang-binatang... Memang damai laa... :)
Ada banyak juga haiwan kat sini. Walaubagaimana pun, still ada sangkar yang kosong... Tapi bagi saya masih berbaloi sebab harga tiket tak la tinggi sangat... Cuma saya perasan kat sini ada banyak jenis buaya yang dipamerkan! Hehe... Pegi mana pun asyik jumpa buaya... Pelbagai jenis. Cuma saya rasa kalau korang pegi bawak anak-anak kecil, make sure jangan terlalu dekat dengan tempat buaya ni... Sebab pagar macam tak berapa tinggi, buaya nya pulak boleh tahan besar... Seram gak... Huhu...
Overall, saya rasa Zoo Taiping ni okay, sesuai untuk aktiviti keluarga... Oh ya, Zoo ni ada menyediakan perkhidmatan Night Zoo juga. Saya pernah masuk pada waktu malam, okay la, tapi saya still prefer untuk masuk Zoo pada sebelah siang... Boleh nampak haiwan dengan jelas walaupun ada yang tidur sebab mereka ni jenis yang aktif pada waktu malam... Hehe...
Musang Jebat... Comel Gilerrrrrr... |
Kalau sampai ke Taiping, jangan lupa singgah Zoo Taiping ni... Tak kisah la nak masuk pada waktu siang atau malam... Okay jer mana-mana pun. Lepas pegi Zoo, kami singgah AEON Taiping, menonton wayang untuk melepaskan kepenatan berjalan... Huhu... Boleh baca REVIEW MOVIE : Dolittle
Sebelum balik, sempat kami singgah tapau Mee Udang Mak Jah... Alhamdulillah... Hargai masa bersama yang tersayang. Kerja bagai nak rak pun, kalau kau mati, tetap dah ada pengganti! Tapi kalau orang tersayang takde, dah tiada ganti lagi ye... Hargai orang tersayang! Babai gais! Selamat bercuti...
Note to Self : Jika kita terlalu jujur, kita ditipu. Jika kita terlalu baik, kita dipermainkan. Ni la sebabnya kadang-kadang kita perlu ada sedikit kekejaman dalam hidup!
0 comments