Resepi Pancake Nasi

by - April 07, 2020


Assalamualaikum...

Hai gais! Since dah berpuluh hari kat dalam rumah, sampai dah boring tak tau nak masak apa. So, kita try menu baru. Nasi semalam yang tak habis, tak usah dibuang... Kadang tinggal segenggam dua, kalau banyak, bolehlah nak digoreng... Buat nasi goreng. Tapi kalau segenggam, dua genggam... Hmmm... 

Okay, dapat idea! Selalu kita dengar orang buat cucur nasi. Hari ni saya nak share buat pancake nasi pulak... Senang jer... Yang pasti, mudah & jimat! Kalau nak buat cucur, kena blend nasi tu... Ni nak buat pancake, tak payah nak blend bagai... Hehe... Sebab tu lah kadang-kadang bila buat refleksi kendiri, saya selalu rasa ada banyak betul hikmah berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan. (PKP) ni sebenarnya banyak membantu saya dalam menjadi manusia yang lebih bersyukur, bijak mengurus, kreatif (guna apa yang ada jer) dan kurangkan sikap boros. Haha... Harap-harap boleh maintain macam ni lepas habis PKP nanti. Wasatiah dalam segala hal, insyaAllah...

Akibat mamai semasa memasak, tertuang minyak lebih.. Patutnya nak letak sikit je... Hukkss... 

Resepi Pancake Nasi

Bahan-bahannya

>> Dua genggam nasi 

>> 4-5 sudu besar tepung gandum 

>> Perencah. Tak kisah la nak perencah apa pun, tapi saya guna ikan bilis je. Tumbuk ya.

>> 1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)

>> Cili boh

>> Garam

>> Air

>> Sedikit minyak


Cara-caranya

1) Ramas nasi macam nak buat nasi goreng.

2) Masukkan tepung, ikan bilis yang dah ditumbuk, hirisan bawang besar, garam, cili, air ke dalam nasi tu. 

3) Ratakan. Pastikan bancuhan cair sedikit dari bancuhan cucur. Sikit je, jangan sampai cair sangat pulak... Macam bancuhan pancake laa... Senang!

4) Panaskan kuali non-stick. Letak sedikit minyak. 

5) Sendukkan bancuhan dalam kuali.

6) Balik-balikkan sehingga masak. 

7) Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk breakfast / minum petang.

Okay, nanti buat tau. Simple je kott... Hehe... Selamat mencuba! 

Note to self : Know your worth! You must find the courage to leave the table if respect is no longer being served. 

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...