Cara Cuci Tupperware Dengan Bersih, Cepat & Mudah
Hallu people!
Assalamualaikum... Sejak sekolah buka setelah cuti PKP tempoh hari, saya masih lagi konsisten membawa bekal ke sekolah... Alhamdulillah... Gigih masak pagi-pagi, sebenarnya nak mudahkan budak dua orang ni supaya tak payah nak turun ke kantin... Bukak bekal boleh terus makan jer dalam kelas... Bila dah buat bekal untuk dorang, kita pun skali lah... Berbento! Gituhh...
Yang menjadi masalah adalah tupperware ni sejenis yang susah nak dibersihkan... Tak kira la Tupperware ori ke tak ori ke... Sama je... Tambah-tambah kalau kita bawak bekal sambal ke apa, minyak melekat teruk... Adoiii... Jadi, saya pun try la mencari solusi... Cari punya cari... Ehhh... Memang masalah ni bukan kita sorang je rasa. Ramai rupanya yang mengalami masalah yang sama... Susah nak bersihkan tupperware. Kikiki...
Saya terjumpa satu hack untuk bersihkan bekas makan dengan cepat dan mudah. Yang penting minyak ke apa ke, semula boleh dibersihkan dengan senang jer tanpa perlu menggosok banyak-banyak... Mula-mula macam tak percaya juga, tapi bila dah cuba banyak kali, menjadi... Maka hari ini saya kongsikan dengan pembaca yang lain...
Cara Cuci Tupperware Dengan Bersih, Cepat & Mudah
1) Buangkan semua sisa makanan dari bekas.
2) Titiskan 2-3 titik sabun pencuci pinggan mangguk.
3) Masukkan sedikit air. (1/4 bekas korang)
4) Masukkan 1-2 helai tisu dalam bekas tu. Sukati la nak crumple tisu tu ke atau nak lipat cantik-cantik ke... Terpulang...
5) Tutup bekas tu dan goncang dalam 10-15 saat.
6) Buka bekas, buang tisu... Tupperware dah bersih... Yay!
** Mungkin ada sesikit lagi tinggal, gosok la sikit... Tapi selalunya tak banyak pun kekotoran yang tinggal.
7) Bilas tupperware. Siappp! 😁
Cara Menghilangkan Bau Dari Tupperware
1) Masukkan beberapa kertas suratkhabar yang dibasahkan dalam tupperware / tipuware yang berbau tu.
2) Tutup dan biarkan semalaman.
3) InsyaAllah, bau akan hilang dari bekas tu...
Okay, sekian sahaja perkongsian saya pada hari ini. Semoga bermanfaat. Take care, gais! Kes Covid19 semalam dah cecah 800++ Allahu... Moga Allah jauhkan kita dari virus ini... Aamiin... Aamiin... Ya Allah... 😢
Note to self : Pencapaian bukan hanya tentang penghargaan tapi tentang kemanfaatan untuk yang lain.
1 comments
Nice post
ReplyDelete