Kerabu Pegaga Kelapa Parut

by - October 31, 2020

 

Hai gais!


Assalamualaikum semua. Apa khabar? Hari ni terakhir kita di bulan Oktober tahun 2020. Alhamdulillah... Semoga Allah panjangkan usia kita semua agar dapat kita terus meningkatkan amal soleh kita dan menjadi manusia yang bermanfaat buat sekalian alam.


Seperti biasa hujung minggu adalah hari untuk saya masak-masak mengikut selera. Maklum la cuti, jadi ada banyak la masa nak buat macam-macam kan... Haha... Kelmarin cuti Maulidur Rasul, sempat saya buat sebiji kek butter kelapa... Laksa dan sambal udang untuk dimakan dengan nasi putih... Huhu... Seronok rasanya bila di dapur, dapat masak-masak macam ni... Hari sekolah memang tak dapatlah nak beriya sangat... Masak simple-simple je tambah-tambah untuk bekal pagi-pagi... Tak sempat.


Pagi tadi saya sediakan gulai lemak udang dengan kacang buncis & bunga kobis, ayam goreng berlada, kerabu pegaga & kacang botol bersama kelapa parut untuk lunch. Selain itu, sempat saya goreng keropok ikan dan sirakan dengan cili untuk kudap-kudap... Alhamdulillah... Syukur Allah izinkan... 



Saya nak kongsikan resipi kerabu pegaga kelapa parut ni dengan korang semua. Saya ada campurkan dengan kacang botol sikit... Kebetulan ada kacang botol di rumah... Hehe... Cara saya memasak memang sangat simple, yang penting semua suka... Kena dengan selera. Itu sudah memadai... 


Bahan-bahan


Seikat pegaga


5 batang kacang botol (tak nak letak pun takpe... optional ye)


sebiji bawang besar


4 biji cili padi merah (saya suka pedas, boleh kurangkan kalau tak nak pedas...)


Sesudu serbuk belacan


1/2 cawan kelapa parut (kalau dapat yang muda sikit, lagi sedap..)


Ikan bilis


Limau nipis / lemon


Gula


Garam


Cara-caranya


1) Bersihkan bawang besar, pegaga dan kacang botol. Kemudian, hiris halus. 


2) Tumbuk cili padi, ikan bilis & belacan. Dah lumat, masukkan kelapa dan tumbuk sekali..


3) Satukan bawang, pegaga dan kacang botol yang telah dihiris bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.


4) Masukkan gula, garam dan perahan limau/lemon secukupnya. 


5) Gaul rata. 


Siap untuk dihidangkan...


Okay gais... Nanti boleh cuba hokay. Benda ni sebenarnya simple je dan boleh dapat banyak bila dah siap... Dari seikat pegaga boleh dapat semangkuk besar kerabunya. Saya memang suka makan kerabu, tak kisah la kerabu apa pun. Hehe... Pernah try kerabu limau bali? Perghhh sedap, babe... Must try! 😋


RESIPI KERABU LIMAU BALI


Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Tengah fikir, esok nak masak apa pulak... Haha... 


Note to Self  : Kemampuan merasakan nikmat sabar tergantung sejauh mana keimanan kita terhadap takdir yang Allah tetapkan.

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...