Tips Kulit Telur Rebus Mudah dikupas

by - October 29, 2020



Hai gais! Salam Maulidur Rasul... 


Sejak asyik masak-memasak je sekarang ni, saya banyak juga mencari tips-tips masakan. Antaranya yang saya jumpa di Facebook, ada seseorang yang menulis di ruangan komen tentang cara untuk merebus telur agar mudah di kupas kulitnya... Fuhhh... Nak rebus telur pun kena ada skill weihhh... Bukan main rebus macam tu je. Harap maklum ye... Huhuhu...


Untuk saya yang beginner, memang tips macam ni sangatlah diperlukan. Memang dari dulu bila rebus telur, paling risau part nak mengopek kulitnya... Ada masa sampai tercabut bahagian putih tu kan... Tergolek-golek nampak bahagian kuning yang dalam tu.. Hahahaa... Rupanya ada tips gaisss... ada tips! 


Kita buat laksa hari ni... Takde la segan nak hantar kat jiran, telur licin mulus camnih... Kikiki..


Tips Kulit Telur Rebus Mudah dikupas


✅ Masa nak merebus telur, masukkan cuka dan sedikit garam. Jumlah cuka janganlah terlalu banyak, kalau telur dalam 10 biji, cukup la dalam 2-3 sudu makan cukanya... Garam sesudu...


✅ Kemudian, rebuslah telur tu macam biasa. Dalam 15-20 minit macam tu, buang air rebusan dan rendam dalam air paip... 


✅ Lepas tu bila nak kupas... Perghh... Senang, babe! Tak melekat... Yessss! 😂


Haaa... Lepas ni korang pulak cuba hokay! Dah takde lagi telur rebus yang menggerutu... Hahahahha... Semua licin jer... Nak makan macam tu je pun makin berselera sebab rupanya cantik, licin... Okay gais, sekian sahaja perkongsian kali ini... Semoga bermanfaat! Jangan lupa berselawat ke atas Nabi di hari yang mulia ini... 💚


Note to self : Jika ada seseorang yang membuatmu merasa bahawa jika bersamanya syurga lebih dekat, perjuangkan!

You May Also Like

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...